Jumaat, 16 Mac 2012

kepentingan industri asas tani

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN Berdasarkan gambar yang telah diberikan, huraikan pendapat anda tentang kepentingan industri asas tani kepada negara. Panjangnya huraian anda hendaklah di antara 200-250 patah perkataan.[Buku teks m/s 162] Pendahuluan (Jenis Pendapat) : -matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020, namun sektor pertanian tidak dipinggirkan -sektor pertanian mempunyai prospek yang banyak untuk dimajukan Isi-isi penting : 1.meningkatkan sumber bekalan makanan negara -tidak bergantung kepada negara asing untuk mendapatkan bahan makanan -makanan merupakan asas kepada kehidupan manusia -jumlah penduduk sentiasa bertambah dan memerlukan makanan untuk meneruskan kesinambungan hidup -bekalan makanan yang mencukupi sangat penting demi kesejahteraan rakyat -tidak mengimport makanan dari negara luar 2.memenuhi permintaan penduduk tempatan terhadap bahan mentah -mempergiatkan kegiatan pertanian seperti koko, buah-buahan dan sayur-sayuran -masa depan pertanian seperti kelapa sawit, getah dan koko akan memajukan sektor pertanian -permintaan terhadap industri asas tani semakin tinggi kerana mutunya -koko pula mencapai harga pasaran yang tinggi kerana kegunaannya pelbagai -kerajaan menggalakkan sektor koporat memajukan perladangan serta memperkembangkan bidang pertanian menggunakan teknologi moden 3.menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Malaysia -sektor pertanian patut dipermoden dan dikomersialkan -sektor pertanian mampu diperkembangkan hingga ke tahap maksima -penanaman buah dan sayur perlu dilakukan secara komersial untuk memenuhi keperluan penduduk -pelaburan dari negara asing amat diperlukan untuk membangunkan bidang pertanian -meningkatkan kepakaran pengusaha dan penggunaan kaedah-kaedah moden 4.menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk -golongan mahasiswa yang mengganggur boleh menceburi bidang industri berasaskan pertanian -mengurangkan kadar penganggur di dalam negara -menambah pendapatan petani dan meningkatkan taraf hidup mereka -menambahkan pendapatan negara yang dikenakan melalui cukai pendapatan negara Penutup : -sektor pertanian mempunyai masa depan yang cerah -meningkatkan pengeluaran produk petani bagi kegunaan penduduk tempatan dan juga sebagai komoditi eksport -tanah akan berbakti kepada umat manusia sekiranya manusia itu sendiri berbakti kepada tanah